Saya masih ingat sewaktu di sekolah menengah dahulu, pada masa itu pemilihan Ketua Pengawas baru akan diadakan....biasalah....mula-mula penamaan calon....Beberapa hari sebelum tiba hari mengundi, semua calon terpilih akan memulakan kempen....dan seperti biasa juga....tiap-tiap calon yang bertanding akan diberi peluang untuk menyampaikan ucapan pada hari yang telah ditetapkan. Calon lepas calon mengikut giliran berucap sambil melahirkan kesanggupannya untuk menaikkan imej sekolah .... kalau boleh satu dunia akan mengenali keistimewaan sekolahnya!
Dengan penuh semangat apabila seoarang calon memberi ucapan, murid-murid yang menyokong akan menepuk tangan, bersorak dengan apa saja cara untuk menzahirkan dirinya seorang penyokong setia....dan akhir sekali berkesudahan dengan aman dan tercapai satu rasa kepuasan pada semua pihak yang terlibat. Puas selepas mendengar calon yang mereka sokong itu telah menyampaikan pesanan terakhirnya, walhal kalau nak dikirakan kebanyakan murid-murid termasuklah diri saya sendiri tidak pernah pedulipun siapa sebenarnya calon ketua yang saya pilih....main boh aje! Saja nak seronok-seronok duduk lepak kat gelanggang tu, sekurang-kurangnya masa tu tak payah belajar...! Kalau nak di ambil kira sebenarnya tiada apa yang boleh saya popularkan pada calon yang saya pilih. Kalau saya dipilih untuk bagi ucapan, saya pun akan merapu macam depa tu jugak. Itu di zaman persekolahan.
Apabila tamat segala peringkat pengajian, saya dan semua yang sama aliran dengan kehidupan saya berdepan lagi dengan suasana yang hampir serupa....mendengar calon berucap, berkempen dan mengundi. Cuma yang berbeza mesej yang terkandungan di dalam teks yang disampaikan oleh calon-calon yang bertanding. Kalau di zaman sekolah dahulu rata-rata calon Ketua Pengawas menyampaikan mesej 'sesuatu yang dia janji nak buat' tetapi calon yang kali ini, (sewaktu saya menjadi lebih matang, dengan harapan orang lain juga turut matang....) saya dengar bakal calon-calon pemimpin lebih suka bercerita pasal lawannya yang dilihat seperti 'musuh' dalam politik. Mendedahkan apa yang lawannya tak boleh buat atau 'buka pekong lawan' sudah menjadi 'trend' ahli politik tanahair.
Budaya orang Melayu yang biasa dihebohkan sebagai bangsa beradab dan bersopan santun penuh budi pekerti telah bertukar rentak ketika berkempen. Selingan tohmahan, sumpahan, hasutan, mengaibkan dan mendedah hal-hal keperibadian orang lain sudah menjadi suatu yang biasa didalam kehidupan Melayu....Bagi saya....muak mata memandang, berbulu telinga mendengar. Satu bangsa Melayu sudah membiak menjadi dua tiga bangsa Melayu lain aliran tanpa sebab yang boleh diterima oleh akal. Penyokong kebanyakannya 'taksub' kepada pemimpin dan pemimpin pula menjadi 'lebih ghairah' di hadapan penyokong dan bersuara lantang. Dan yang paling memalukan ada menteri yang mendabik dada menyebut-nyebut dirinya berkedudukan lebih tinggi dari rakyat biasa. Kalau tidak silap saya, kalau tidak kerana rakyat yang sudi memilih, dia pun setaraf dengan orang biasa, sama-sama kena bayar di laluan bertol. Sudah mula 'lupa' pada asal-usul kejadiannya....kebayakannya keluar dari 'lubang yang menjijikkan' pada segi teori walaupun disebaliknya pada praktikal.
Matlamat 'bekerja untuk rakyat' sudah berubah menjadi 'ketuanan kepada rakyat' dek terlalu diampu oleh rakyat sendiri. Terlalu banyak keistimewaan dan kemewahan diberikan dan dianugerahkan kepada seorang pemimpin. Keistimewaan dan kemewahan itulah menjadikan orang yang di sebelah bawah berebut-rebut untuk naik ke atas. Apabila sudah berada di atas bermati-matian pula dia nak mempertahankan kedudukannya supaya tidak jatuh semula ke bawah. Sebenarnya, Allah swt mampu menarik balik anugerah pangkat dan hartanya bila-bila masa yang Dia suka. Buktinya, sudah berapa ramai hamba Allah yang baru nak mencapai kemuncak kejayaannya, tiba-tiba di dahului oleh ajalnya!
Saya tidak berminat untuk menyebelahi sesiapa. Samada dia seorang yang kuat agama ke, orang sederhana dalam agama ke, tak ada agama ke....mereka semuanya serupa. Kalau dah terjun ke dalam kelompok politik, dia adalah ahli politik. Dia solat ke, sembahyang ke, tak solat ke, kaki perempuan, dia tetap serupa....ahli politik tetap ahli politik! Satu kapal ada bermacam-macam rupa dan ragam penumpangnya. Cuma yang membezakan dia dari yang lain pada perhatian saya....tujuan dia menaiki kapal tersebut.
Budaya Melayu Islam yang dikatakan 'bersopan santun' sepatutnya dipraktikkan semula. Hanya Budaya Melayu Islam di dunia yang mengajar tetang kesopanan yang luar biasa. Membongkokkan badan apabila melintas dihadapan orang yang lebih tua adalah sesuatu peradaban yang tidak pernah dilakukan oleh bangsa lain di dalam dunia ini. Dan hanya orang Melayu yang mencipta 'bahasa peradaban khas' ketika berhadapan dengan Raja-raja Melayu dan pemimpim-pemimpin negara.
Sebenarnya Rasulullah saw jua adalah sebaik-baik contoh yang dijadikan oleh Yang Maha Mulia sekelian Pencipa Alam untuk diteladani oleh umat Islam di seluruh dunia, tiada berkecuali. Baginda Rasulullah sangat bersopan, beradab dan kita sebagai orang Islam hanya patut 'taksub' kepada keperibadian Baginda didalam menjalani kehidupan harian semasa bekerja, berkeramaian, bersukan, sewaktu melayani keluarga dalam semua aspek kehidupan keluarga dan bermasyarakat....Wallahu A'lam.
No comments:
Post a Comment